Sudah menjadi satu kemestian apabila setiap kali bulan Disember, ramai yang tertunggu tunggu hujan lebat bakal menjadikan paras air melimpah ke hadapan rumah.
Monday, December 2, 2013
Sunday, December 1, 2013
Kedai Printing dan Cybercafe Pak Su
Kedai Printing dan Cybercafe Pak Su telah dibuka hampir dua tahun lalu pada tahun 2011 dan diurus oleh Pak Su Din dan Che Su Mah. Tidak mengapa jika anda terlupa bawa 'broadband' anda ataupun tidak melanggan jalur lebar pada telefon anda. Dengan harga yang sangat minimum anda boleh melayari internet, mencetak bahan yang diperlukan atau perkhidmatan berkaitan. Kedai ini juga turut menyediakan perkhidmatan menjual telefon bimbit dan tambah nilai .
Sesuai dengan namanya sebagai kedai 'printing', ia turut menyediakan perkhidmatan tempahan cenderamata, tempahan baju dan barang-barang hadiah yang lain. Kedai Printing dan Cybercafe Pak Su hanya berhadapan dengan Selising Homestay . Jangan terlepas pula untuk merasa air kelapa muda yang segar dan juga air terkenal di Kelantan iaitu Air Tuak yang turut dijual oleh Pak Su Din.
Selising Homestay
Selising Homestay merupakan satu
pilihan yang menarik bagi para pengunjung yang ingin datang ke Negeri Kelantan
Darul Naim lebih-lebih lagi bagi yang ingin menjadikan persinggahan di
tengah-tengah antara bandar Kota Bharu dan Pasir Puteh. Rumah kayu tinggi yang
di bina dalam kawasan berpagar dan lain
dari rumah biasa menjadikannya unik berbanding homestay yang ada di samping
ruang parkir yang luas dan selesa bagi pengunjung yang datang dalam jumlah yang
ramai.
Pekan Selising yang di kelilingi ‘bukit’
seperti Bukit Jawa, Bukit Bidang, Bukit Abal dan lain-lain merupakan salah satu
sebab kenapa ia merupakan kawasan yang selamat dari masalah pencemaran udara. Walaupun
ia pekan kecil, tetapi secara asasnya pekan ini menyediakan bekalan keperluan
harian yang mencukupi. Kawasannya yang sederhara dan tidak terlalu sibuk
memberikan pilihan untuk tidak bersesak di bandar-bandar besar.
Jalan Selising dan Kok Lanas
merupakan jalan alternatif yang menghubungkan Kota Bharu, Machang dan Pasir
Puteh menjadikan ia tempat yang sesuai sebagai ‘centre of interest’. Kerana
itulah ia menjadi pusat tumpuan orang kampung berdekatan temasuk Kedai Menanti,
Bukit Jawa, Banir Belikong, Alor Hijau, Lepah, Banggol, Bukit Bidan, Bukit
Merbau dan lain-lain.Oleh yang demikian Selising termasuk dalam salah satu perhentian bas dan teksi yang dikenali.
Rumah yang terdiri dari 2 bilik dan sa tu bilik air ini hanya beberapa meter dari kemudahan asas seperti warung kopi, kedai makan, kedai runcit, kedai komputer, kedai keperluan harian, pasar kering, pasar basah, masjid, surau, balai polis, pejabat pos, klinik kesihatan, stesen minyak, KADA, padang bola dan lain-lain kemudahan. Pendek kata ianya dilengkapi pelbagai kemudahan.
Selising Homestay adalah sebuah rumah
kampung di dalam kawasan berpagar yg dapat menampung 8-10 orang dewasa dan
kanak-kanak pada harga yang berpatutan.
Maklumat ringkas homestay :
Kapasiti : 8-10 orang dewasa
Kemudahan :
-2 bilik tidur
- 1 bilik air ,
- tv- seterika- jug elektrik
-ruang parkir yang luas
Selising Homestay terletak di kampung selising, berhadapan
Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa iaitu ;
- 25 km dari pusat bandar kota bharu
- 10 km dari pasir puteh
- 8 km dari politeknik kok lanas
- 20 km dari tok bali
Keistimewaan:
·
Berdekatan dengan kedai makan terkenal yang sedap dan
murah seperti Kedai Mee Celup dan Nasi Kerabu Golok Che Pah, Kedai Nasi Belauk ‘Mok Su Ti’ dan Kedai Nasi Lemak dan Kerabu Kak
Dah dan Kedai Pakaian RM9.90 di bawahnya.
·
Hanya beberapa minit untuk menikmati Mee Kuah terkenal
Selising di Restoran Orchid (Alfatihah untuk Pak Cik Man Orchid yang baru meninggal pertengahan April 2018).
·
Pasar Minggu setiap hari Sabtu (bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang).
·
Pasar Malam setiap hari Ahad (bermula jam 7.00 malam).
·
Laluan utama ke kawasan perkelahan Air Terjun Jeram
Mengaji (dahulu dikenali sebagai Jeram Mak Nenek).
·
5 minit ke Bukit Jawa yang dikenali sebagai Gua Puteri
saadong.
Kadar sewaan :
·
RM 150 sehari
*Lebih dari 1 malam
harga boleh dirunding
Sila hubungi – 019-2688940 Abe Lan
Selising Homestay, Depan Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa, 16810
Selising, Pasir Puteh, Kelantan.
Jeram Mengaji @ Jeram mak Nenek, Selising, Pasir Puteh, Kelantan
Jeram Mengaji / Jeram Mak Nenek ini baru dibuka pada tahun 2005, dan masih dalam pembangunan. Ianya terletak lebih kurang 6 km dari Pekan Selising atau 22 km dari Bandar Pasir Puteh. Jeram ini bakal dibangunkan sebagaimana Jeram Pasu dan Jeram Linang. Ianya terletak agak pedalaman dan belum diketahui oleh orang ramai. Jeram ini sesuai untuk aktiviti keluarga dan riadah hujung minggu. Jeram ini akan dibangunkan sepenuhnya untuk kunjungan orang ramai agar ianya dapat menjadi salah satu pusat rekreasi yang sedia ada dan dikenali umum.
Terletak 8 km dari Pekan Selising atau 25 km dari bandar Pasir Puteh.
Pengangkutan yang boleh sampai di sini hanyalah teksi, tetapi juga
disediakan bas sehingga ke Pekan Selising, tambang bas dari Pasir Puteh
ke Pekan Selising RM 1.00, dan tambang teksi dari Pekan Selising ke
Jeram Mengaji ialah RM 3.00 seorang manakala tambang teksi dari bandar
Pasir Puteh ke Selising ialah RM 2.00 seorang.
Sumber : www.mdpputeh.gov.my
231113
23 November 2013 merupakan tarikh yang mencetuskan idea untuk berkongsi tentang kampung di mana tempat dilahirkan dan dibesarkan serta diberi pendidikan awal. Kerana apabila ada sahabat yang bertanya di mana Kampung Selising ya? Jauh tak? Apa ada kat sana ya? Maka tercetuslah idea untuk berkongsi tentang kampung sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)