Sunday, December 1, 2013

Kedai Printing dan Cybercafe Pak Su

Kedai Printing dan Cybercafe Pak Su telah dibuka hampir dua tahun lalu  pada tahun 2011 dan diurus oleh Pak Su Din dan Che Su Mah. Tidak mengapa jika anda terlupa bawa 'broadband' anda ataupun tidak melanggan jalur lebar pada telefon anda. Dengan harga yang sangat minimum anda boleh melayari internet, mencetak bahan yang diperlukan atau perkhidmatan berkaitan. Kedai ini juga turut menyediakan perkhidmatan menjual telefon bimbit dan tambah nilai .

Sesuai dengan namanya sebagai kedai 'printing', ia turut menyediakan perkhidmatan tempahan cenderamata, tempahan baju dan barang-barang hadiah yang lain. Kedai Printing dan Cybercafe Pak Su hanya berhadapan dengan Selising Homestay . Jangan terlepas pula untuk merasa air kelapa muda yang segar dan juga air terkenal di Kelantan iaitu Air Tuak yang turut dijual oleh Pak Su Din.

No comments:

Post a Comment