Sunday, December 1, 2013

Selising Homestay


Selising Homestay merupakan satu pilihan yang menarik bagi para pengunjung yang ingin datang ke Negeri Kelantan Darul Naim lebih-lebih lagi bagi yang ingin menjadikan persinggahan di tengah-tengah antara bandar Kota Bharu dan Pasir Puteh. Rumah kayu tinggi yang di bina dalam kawasan berpagar dan  lain dari rumah biasa menjadikannya unik berbanding homestay yang ada di samping ruang parkir yang luas dan selesa bagi pengunjung yang datang dalam jumlah yang ramai.

Pekan Selising yang di kelilingi ‘bukit’ seperti Bukit Jawa, Bukit Bidang, Bukit Abal dan lain-lain merupakan salah satu sebab kenapa ia merupakan kawasan yang selamat dari masalah pencemaran udara. Walaupun ia pekan kecil, tetapi secara asasnya pekan ini menyediakan bekalan keperluan harian yang mencukupi. Kawasannya yang sederhara dan tidak terlalu sibuk memberikan pilihan untuk tidak bersesak di bandar-bandar besar.

Jalan Selising dan Kok Lanas merupakan jalan alternatif yang menghubungkan Kota Bharu, Machang dan Pasir Puteh menjadikan ia tempat yang sesuai sebagai ‘centre of interest’. Kerana itulah ia menjadi pusat tumpuan orang kampung berdekatan temasuk Kedai Menanti, Bukit Jawa, Banir Belikong, Alor Hijau, Lepah, Banggol, Bukit Bidan, Bukit Merbau dan lain-lain.Oleh yang demikian Selising termasuk dalam salah satu perhentian bas dan teksi yang dikenali.



Rumah yang terdiri dari 2 bilik dan sa tu bilik air ini hanya beberapa meter dari kemudahan asas seperti warung kopi, kedai makan, kedai runcit, kedai komputer, kedai keperluan harian, pasar kering, pasar basah, masjid, surau, balai polis, pejabat pos, klinik kesihatan, stesen minyak,  KADA, padang bola dan lain-lain kemudahan. Pendek kata ianya dilengkapi pelbagai kemudahan.

Selising Homestay adalah sebuah rumah kampung di dalam kawasan berpagar yg dapat menampung 8-10 orang dewasa dan kanak-kanak pada harga yang berpatutan.

Maklumat ringkas homestay :

Kapasiti : 8-10 orang dewasa

Kemudahan :
-2 bilik tidur
- 1 bilik air ,
- tv- seterika- jug elektrik
-ruang parkir yang luas

Selising Homestay terletak di kampung selising, berhadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa iaitu ;
- 25 km dari pusat bandar kota bharu
- 10 km dari pasir puteh
- 8 km dari politeknik kok lanas
- 20 km dari tok bali

 Keistimewaan:
·         Berdekatan dengan kedai makan terkenal yang sedap dan murah seperti Kedai Mee Celup dan Nasi Kerabu Golok Che Pah, Kedai Nasi Belauk ‘Mok Su Ti’ dan Kedai Nasi Lemak dan Kerabu Kak Dah dan Kedai Pakaian RM9.90 di bawahnya.
·         Hanya beberapa minit untuk menikmati Mee Kuah terkenal Selising di Restoran Orchid (Alfatihah untuk Pak Cik Man Orchid yang baru meninggal pertengahan April 2018).
·         Pasar Minggu setiap hari Sabtu (bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang).
·         Pasar Malam setiap hari Ahad (bermula jam 7.00 malam).
·         Laluan utama ke kawasan perkelahan Air Terjun Jeram Mengaji (dahulu dikenali sebagai Jeram Mak Nenek).
·         5 minit ke Bukit Jawa yang dikenali sebagai Gua Puteri saadong.

Kadar sewaan :
·         RM 150 sehari
*Lebih dari 1 malam harga boleh dirunding

Sila hubungi – 019-2688940 Abe Lan
Selising Homestay, Depan Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa, 16810 Selising, Pasir Puteh, Kelantan.

No comments:

Post a Comment